Tuesday 7 February 2012
♥ posted at: @09:16
0 Comments // Any queries ?


PENJARIAN



(a) Tangan Kiri
  • Ibu Jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.
  • Jari Telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
  • Jari Hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
  • Jari Manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
(b) Tangan Kanan
  •  Jari Telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
  • Jari Hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.
  • Jari Manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
  • Jari Kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.
  • Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. Lubang-lubang kecil tersebut adalah unuk menghasilkan bunyi syap dan flet.

▸ Teknik Bermain Rekoder ... ♬
♥ posted at: @09:13
0 Comments // Any queries ?






Untuk bermain rekorder dengan baik, teknik permainan rekorder yang betul perlu diamalkan.


       a) Postur :


             *Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder


             *Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan.
               (Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan)




        b) Cara memegang rekoder :


             *Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian atas badan
               rekoder dan jari tangan kanan pada bahagian bawah badan rekoder.


             *Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari kanan.


















▸ Struktur Rekoder ... ♬
♥ posted at: @09:12
0 Comments // Any queries ?


                                               


                                                 

▸ Pengenalan Rekoder ... ♬
♥ posted at: @09:10
0 Comments // Any queries ?


  • Rekorder adalah sejenis alat tiupan berpic yang diperbuat daripada kayu atau plastik.
  • Rekorder menjadi pilihan kerana ia mudah dipelajari dan harganya murah.






 
Jenis-jenis rekoder













▸ Teknik Permainan Alat Perkusi ... ♬
♥ posted at: @09:04
0 Comments // Any queries ?


1.6  Dram Getar/ Dram Samping

   i) Cara Memainkan Dram Getar / Snare

            (a)  Rupa bentuk.
Dram getar mempunyai dua permukaan. Permukaan bawahnya terdapat gegetar yang bergetar apabila diketuk. Sepasang kayu pemukul digunakan untuk memainkannya.

          (b) Cara memegang dan memainkan kastanet
      1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan pastikan badan tidak rapat dengan dram, atau sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk posisi di samping sahaja)
      2. Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
      3. Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir.


      ii) Cara Memegang Kayu Dram
















  • Terdapat dua pilihan pegangan (grip) iaitu matched grip dan traditional grip. 
  • Matched grip atau Genggaman Sepadan paling popular digunakan oleh pemain-pemain dram set bagi lagu pop, country, metal, rock dan lain-lain genre. 
  • Ia juga digunakan untuk dram getar dalam orkestra atau brassband. 
  • Sesetengah pendapat menyatakan bahawa matched grip lebih mudah dan bersifat semula jadi. 
  • Pegangan jenis ini juga mirip kepada American Grip, French Grip dan German Grip.
  • Pegangan kedua ialah traditional grip. Walaupun ianya juga pilihan yang baik dan popular di kalangan pemain dram, ianya memerlukan latihan yang cukup untuk menguasai pegangan ini. 
  • Traditional grip sering dimainkan dalam persembahan orkestra dan marching band kerana mungkin kedudukan dram samping yang digantung pada tubuh mempunyai sudut yang sesuai dengan pegangan ini. 
  • Pegangan ini juga digunakan oleh pemain ternama (berkemahiran tinggi) dram set dalam pelbagai genre. 


▸ Teknik Permainan Alat Perkusi ... ♬
♥ posted at: @08:48
0 Comments // Any queries ?


1.5 Kerincing
           (a) Rupa bentuk




    •  Kerincing lazimnya diperbuat dar ipada besi dan berbentuk segitiga. 
    • Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. 
    • Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

              (b) Cara memegang dan memainkan kerincing



      1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya ditangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing.
      2. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.





▸ Teknik Permainan Alat Perkusi ... ♬
♥ posted at: @08:37
0 Comments // Any queries ?


1.4  Tamborin
(a)  Rupa bentuk.
·        Tamborin diperbuat daripada kayu dan plastik.
·        Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang.
·        Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

(b) Cara memegang dan memainkan kastanet.
·        Tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu
o   Pegang tamborin dengan tangan kanan dab goyang
o   Pegang tamborin dengan tangan kiri. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan.




◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011