Tuesday 7 February 2012
♥ posted at: @09:16
0 Comments // Any queries ?


PENJARIAN



(a) Tangan Kiri
  • Ibu Jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.
  • Jari Telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
  • Jari Hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
  • Jari Manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
(b) Tangan Kanan
  •  Jari Telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
  • Jari Hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.
  • Jari Manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
  • Jari Kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.
  • Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. Lubang-lubang kecil tersebut adalah unuk menghasilkan bunyi syap dan flet.

▸ Teknik Bermain Rekoder ... ♬
♥ posted at: @09:13
0 Comments // Any queries ?






Untuk bermain rekorder dengan baik, teknik permainan rekorder yang betul perlu diamalkan.


       a) Postur :


             *Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder


             *Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan.
               (Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan)




        b) Cara memegang rekoder :


             *Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian atas badan
               rekoder dan jari tangan kanan pada bahagian bawah badan rekoder.


             *Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari kanan.


















▸ Struktur Rekoder ... ♬
♥ posted at: @09:12
0 Comments // Any queries ?


                                               


                                                 

▸ Pengenalan Rekoder ... ♬
♥ posted at: @09:10
0 Comments // Any queries ?


  • Rekorder adalah sejenis alat tiupan berpic yang diperbuat daripada kayu atau plastik.
  • Rekorder menjadi pilihan kerana ia mudah dipelajari dan harganya murah.






 
Jenis-jenis rekoder













▸ Teknik Permainan Alat Perkusi ... ♬
♥ posted at: @09:04
0 Comments // Any queries ?


1.6  Dram Getar/ Dram Samping

   i) Cara Memainkan Dram Getar / Snare

            (a)  Rupa bentuk.
Dram getar mempunyai dua permukaan. Permukaan bawahnya terdapat gegetar yang bergetar apabila diketuk. Sepasang kayu pemukul digunakan untuk memainkannya.

          (b) Cara memegang dan memainkan kastanet
      1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan pastikan badan tidak rapat dengan dram, atau sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk posisi di samping sahaja)
      2. Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
      3. Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir.


      ii) Cara Memegang Kayu Dram
















  • Terdapat dua pilihan pegangan (grip) iaitu matched grip dan traditional grip. 
  • Matched grip atau Genggaman Sepadan paling popular digunakan oleh pemain-pemain dram set bagi lagu pop, country, metal, rock dan lain-lain genre. 
  • Ia juga digunakan untuk dram getar dalam orkestra atau brassband. 
  • Sesetengah pendapat menyatakan bahawa matched grip lebih mudah dan bersifat semula jadi. 
  • Pegangan jenis ini juga mirip kepada American Grip, French Grip dan German Grip.
  • Pegangan kedua ialah traditional grip. Walaupun ianya juga pilihan yang baik dan popular di kalangan pemain dram, ianya memerlukan latihan yang cukup untuk menguasai pegangan ini. 
  • Traditional grip sering dimainkan dalam persembahan orkestra dan marching band kerana mungkin kedudukan dram samping yang digantung pada tubuh mempunyai sudut yang sesuai dengan pegangan ini. 
  • Pegangan ini juga digunakan oleh pemain ternama (berkemahiran tinggi) dram set dalam pelbagai genre. 


▸ Teknik Permainan Alat Perkusi ... ♬
♥ posted at: @08:48
0 Comments // Any queries ?


1.5 Kerincing
           (a) Rupa bentuk




    •  Kerincing lazimnya diperbuat dar ipada besi dan berbentuk segitiga. 
    • Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. 
    • Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

              (b) Cara memegang dan memainkan kerincing



      1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya ditangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing.
      2. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.





▸ Teknik Permainan Alat Perkusi ... ♬
♥ posted at: @08:37
0 Comments // Any queries ?


1.4  Tamborin
(a)  Rupa bentuk.
·        Tamborin diperbuat daripada kayu dan plastik.
·        Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang.
·        Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

(b) Cara memegang dan memainkan kastanet.
·        Tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu
o   Pegang tamborin dengan tangan kanan dab goyang
o   Pegang tamborin dengan tangan kiri. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan.




▸ Teknik Permainan Alat Perkusi ... ♬
♥ posted at: @08:32
0 Comments // Any queries ?


1.1  Tik Tok (Double-Tone Block)
(a)  Rupa bentuk.
·        Tik-tok diperbuat daripada kayu.
·        Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk.
·        Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut.
·        Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.

(b) Cara memegang dan memainkan kastanet.
·        Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
·        Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.







▸ Teknik Permainan Alat Perkusi ... ♬
♥ posted at: @08:27
0 Comments // Any queries ?


1.1  Loceng
(a)  Rupa bentuk.
                 
·        Loceng adalah sejenis alat perkusi ringan.
·        Gelungnya diperbuat daripada plastik dan terdapat loceng-loceng besi kecil dilekatkan di sekelilingnya.
·        Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan lembutapabila digoncang.

(b) Cara memegang dan memainkan kastanet.
·        Jari dimasukkan ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng.
·        Loceng akan menghasilkan bunyi apabila ia digoncang
·        Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang tergenggam.

          
      






▸ Teknik Permainan Alat Perkusi ... ♬
♥ posted at: @08:19
0 Comments // Any queries ?


1.1  Kastanet.
(a)  Rupa bentuk.
         

§  Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.

(b) Cara memegang dan memainkan kastanet.


§  Gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan kastanet diletak di atas tapak tanga kiri.
§  Ketuk kastanet dengan hujung jari sebelah tangan kanan.

      







▸ Muzik ... ♬
♥ posted at: @08:05
0 Comments // Any queries ?


Muzik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:
  • Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
  • Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan
Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.
Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ian boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik.

Sejarah Muzik

Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia moden homo-sapien 180,000 hingga 100,000 tahun dahulu. Tiada siapa tahu bila manusia mula mengenal seni dan muzik. Dari penemuan arkeologi di lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun hingga 100,000 tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak manusia. Dengan otak manusia yang lebih pintar dari haiwan, mereka membuat pemburuan yang lebih terancang sehingga boleh menumpaskan haiwan yang besar. Dengan keupayaan otak ini, mereka berfikir lebih jauh hingga ke sebalik reality mencapai imaginasi dan spiritual. Bahasa untuk perhubungan mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa & perkataan ringkas untuk amaran bahaya & nama-nama haiwan buas, perlahan-lahan beberapa perkataan muncul untuk menamakan benda dan nama panggilan untuk sesorang.. Entah, sama ada mereka sudah pandai berasa bosan atau sesuatu didalam fikiran mereka yang membuatkan mereka mula mengumpul manik-manik dari cengkerang siput laut sebagai perhiasan untuk rantai leher. Mereka mula mengores garisan diatas kayu dan batuan dengan corak-corak menggambarkan pemikiran mereka. Dinding-dinding gua tempat mereka berlindung dilukis dengan warna-warna dari tumbuh-tumbuhan.
Dalam kehidupan nomad mereka yang berpindah-randah mereka mungkin telah melihat banyak kejadian alam seperti panahan petir yang memulakan kebakaran hutan. Daging binatang yang terbakar api kebakaran.mempunyai rasa berbeza dan lebih lazat. Kemudian terlintas difikiran mereka bagaimana cara hendak menghidupkan api untuk memasak, memanaskan badan dan menjauhi haiwan buas mengguna api. Selepas makan malam memakan hasil buruan mereka pada siang hari, mereka berbual dan bercerita mengenai kisah silam mereka. Bentuk pendidikan dan hiburan terawal manusia. Sama seperti sekolah & TV manusia di zaman moden. Seorang dari mereka mungkin mendapat idea mengambil tulang kaki kering haiwan buruan yang menjadi makanan mereka dan mula meniup ke rongga mengeluarkan bunyi. Ada juga yang mendapat inspirasi dari pemerhatian kepada alam semulajadi bila angin menghembus kedalam rongga kayu atau bambu yang mengeluarkan bunyi. Kayu dikorek lubang ditiup menjadi flute purba. Manusia meluahkan perasaan mereka takut & gembira menggunakan suara mereka. Bermain-main dengan suara mereka menjadi chant, hymn atau syair nyanyian kecil daripada inspirasi kicauan burung. Kayu-kayu dan batuan keras dipukul mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin secara tidak sengaja mereka telah mengetuk kayu pokok yang berongga didalamnya dengan batang kayu yang mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang mereka guna sebagai pakaian diletak pula untuk menutup rongga kayu besar menjadi gendang, di palu menjadi irama-irama purba.


Muzik moden

Muzik moden ialah muzik masa kini yang terbit hasil daripada perjalanan dan perkembangan sejarah itu sendiri dari pada kemunculan tamadun terawal sehingga lah pertembungan budaya akibat dari perdagangan dan penaklukan telah membawa dan menyebarkan muzik juga budaya dari tamadun - tamadun tersebut ke seluruh dunia. Contohnya jalan sutera yang menghibungkan timur dan barat, peluasan empayar seperti Greek dan Rom, peperangan antara tamadun Eropah dan Islam dalam perang salib dan perpindahan manusia ke tanah atau benua baru seperti benua America utara dan selatan. Penguasaan ekonomi barat ke atas pasaran dunia serta inovasi teknologi barat membantu menyebarkan muzik Amerika dan Eropah. Penciptaan dan invovasi yang terbit dari hasrat manusia untuk merakam bunyi persekitarannya telah menyebabkan terciptanya alat perakam bunyi seperti phonograph dan gramophone pada akhir abad ke 19. Dengan terciptanya radio serta TV, muzik boleh dicapai manusia sehingga ke seluruh dunia. Amerika dan Eropah yang menguasai pasaran LP piring hitam dan segala bentuk pengedaran muzik telah menyebabkan muzik dari kedua-dua benua itu menjadi popular keseluruh dunia.


◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011