▸ Teknik Permainan Alat Perkusi ... ♬
Tuesday, 7 February 2012
♥ posted at: @09:04
0 Comments // Any queries ?


1.6  Dram Getar/ Dram Samping

   i) Cara Memainkan Dram Getar / Snare

            (a)  Rupa bentuk.
Dram getar mempunyai dua permukaan. Permukaan bawahnya terdapat gegetar yang bergetar apabila diketuk. Sepasang kayu pemukul digunakan untuk memainkannya.

          (b) Cara memegang dan memainkan kastanet
      1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan pastikan badan tidak rapat dengan dram, atau sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk posisi di samping sahaja)
      2. Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
      3. Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir.


      ii) Cara Memegang Kayu Dram
















  • Terdapat dua pilihan pegangan (grip) iaitu matched grip dan traditional grip. 
  • Matched grip atau Genggaman Sepadan paling popular digunakan oleh pemain-pemain dram set bagi lagu pop, country, metal, rock dan lain-lain genre. 
  • Ia juga digunakan untuk dram getar dalam orkestra atau brassband. 
  • Sesetengah pendapat menyatakan bahawa matched grip lebih mudah dan bersifat semula jadi. 
  • Pegangan jenis ini juga mirip kepada American Grip, French Grip dan German Grip.
  • Pegangan kedua ialah traditional grip. Walaupun ianya juga pilihan yang baik dan popular di kalangan pemain dram, ianya memerlukan latihan yang cukup untuk menguasai pegangan ini. 
  • Traditional grip sering dimainkan dalam persembahan orkestra dan marching band kerana mungkin kedudukan dram samping yang digantung pada tubuh mempunyai sudut yang sesuai dengan pegangan ini. 
  • Pegangan ini juga digunakan oleh pemain ternama (berkemahiran tinggi) dram set dalam pelbagai genre. 


◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011